Latar belakang

Yayasan Ikhlas adalah sebuah badan yang ditubuhkan mengikut Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 (Akta 258) pada 5 Mac 2009 yang bertujuan untuk meringankan kesusahan di kalangan anak-anak yatim, orang kurang upaya, fakir dan mereka yang dilanda musibah akibat daripada sebarang malapetaka serta untuk memberi suatu biasiswa atau insentif kepada individu atau kumpulan atas kerja-kerja pelajaran atau kerja-kerja penyelidikan di Malaysia.

Objektif

Untuk memberi bantuan kepada mangsa-mangsa bencana yang ditimpa musibah mahupun yang dalam kesusahan.

Untuk meningkatkan taraf hidup golongan fakir dan miskin.

Untuk meningkatkan taraf pendidikan golongan yang kurang berkemampuan.

Arkib Projek

  • Kelestarian Tenaga

    Maybank Islamic Taja Pemasangan Sistem Solar Di Sekolah Agama Negeri Sebatik

    Yayasan Ikhlas merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas sumbangan serta dana yang diberikan dalam menyokong projek Tenaga Boleh Diperbaharui kami. Setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan kepada Maybank Islamic atas kepercayaan yang telah diberikan kepada Yayasan Ikhlas.   Kami dengan rendah hati memohon maaf atas sebarang kekurangan, kelewatan, atau ketidakpuasan yang mungkin dialami oleh para […]

  • Air Bersih

    Tabung Haji salur RM 500,000 bina telaga air bantu 3 kampung pedalaman Sik, Kedah

    Pada 30 Januari 2023, Yayasan Ikhlas telah datang ke kampung ini. Pada ketika itu, kami bertemu wakil dari setiap kampung, kami naik ke setiap tandak, melihat situasi semasa dan mendapatkan maklumat. Maklumat yang diperolehi telah dibentangkan ke Tabung Haji dan alhamdulillah, Tabung Haji bersetuju untuk membantu menyediakan keperluan air bersih di kampung ini. (Berikan tepukan untuk Tabung Haji.)

  • Air Bersih

    Projek Air ke-10 : Kampung Lakutan, Lawas, Sarawak

    Yayasan Ikhlas telah memulakan projek Pembangunan Sistem Air Bersih ini di Sik, Kedah, seterusnya dilaksanakan di Negeri Sabah, Pahang dan Sarawak. Kesemua projek Pembangunan sistem air bersih yang telah siap ialah sebanyak 10 projek. 3 projek di Kedah, 1 di Pahang, 3 di Sabah dan 3 di Sarawak. Projek di Kampung Lakutan ini merupakan projek yang ke-10 siap. Di Sarawak, Yayasan Ikhlas telah melaksanakan Projek di Kampung Tebun, Simunjan menggunakan sumber air bawah tanah. Projek kedua di Kampung Kerangan, Lawas menggunakan sumber air bukit dan projek ketiga iaitu di sini, Yayasan Ikhlas menggunakan sumber air dari air bukit. Yayasan Ikhlas telah datang ke kampung ini pada 16 September 2022 lagi. Pada ketika itu, kami bertemu ketua kampung, melihat situasi semasa dan mendapatkan maklumat. Alhamdulillah, selepas 18 bulan, barulah projek ini mendapat persetujuan dan sokongan iaitu dari Yayasan Petronas. Yayasan Petronas bersetuju untuk membantu menyediakan keperluan air bersih di kampung ini.

  • Bantuan Bencana

    Misi Bantuan Bencana Pantai Timur

    Yayasan Ikhlas dengan Pasukan Tindakbalas Kecemasan ke Misi Bantuan Bencana Pantai Timur Masalah utama dihadapi oleh penduduk Kg Seri Gaman adalah bekalan sumber air bersih. Oleh itu sebuah loji mini rawatan air perlu dibangunkan untuk menyediakan bekalan sumber air bersih kepada penduduk.

  • Pendidikan

    Projek Pembinaan Sekolah Agama Rakyat Al-Huda

    Yayasan Ikhlas dengan kerjasama APM bantu projek pembinaan Pembelajaran Islam Al-Huda Sasaran utama projek ini adalah untuk membantu golongan asnaf dan fakir miskin yang berstatus stateless dan tidak mempunyai peluang belajar dengan menyediakan pendidikan secara percuma kepada mereka. Fokus utama Celik 3M adalah membimbing pelajar-pelajar buta huruf untuk menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. […]

svg