TABUNG HAJI SALUR
RM 500,000 BINA
SISTEM AIR BERSIH
Projek Pembangunan Sistem Air Bersih di Kampung Bukit Batu, Sik, Kedah tajaan Tabung Haji telah dirasmikan Yang Berhormat Haji Mohamad Yusoff bin Haji Zakaria, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air Dan Sumber Air, Dan Alam Sekitar Negeri Kedah pada 4 Oktober 2024
Timbalan Premier
Sarawak rasmi
Projek Air
Projek Pembangunan Sistem Air Bersih di Kampung Lakutan, Lawas tajaan Yayasan Petronas telah dirasmikan Yang Berhormat Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hasan Timbalan Premier Sarawak pada 15 September 2024
WESTSTAR BANTU 122
RUMAH DI KG JELUTONG
DAPAT AIR BERSIH
Alhamdulillah air bersih kini telah pun dinikmati oleh penduduk kampung dengan pemasangan paip kepada 120 buah rumah dan 2 pusat komuniti. Projek ini telah berjaya disempurnakan selama 8 bulan hasil dari kerjasama dari Masyarakat Kg Jelutong dan sokongan dari Pejabat Daerah Sik, serta kelulusan dari Lembaga Sumber Air Negeri Kedah.
PNB sumbang Bot
dan BOB persediaan
Bencana Banjir
PROJEK PEMBANGUNAN
SISTEM AIR BERSIH DI
SMK BONGKOL ,PITAS, SABAH

Latar Belakang
Kami melaksanakan projek kebajikan yang memberi manfaat jangka masa panjang kepada penerima manfaat
Yayasan Ikhlas adalah sebuah badan bukan kerajaan yang tidak berasaskan keuntungan, yang ditubuhkan mengikut Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 (Akta 258) Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 5 Mac 2009
- Air Bersih
Yayasan Petronas bantu bina Sistem Air Bersih Kg. Yoh, Bintulu, Sarawak
Sistem Air Bersih ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Stephen Rundi, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak. Projek ini memberi manfaat kepada lebih 42 buah rumah — satu langkah penting demi kesejahteraan dan kebersihan komuniti.



- Bantuan Bencana
PNB sediakan 2 bot menyelamat lengkap enjin 15HP, 75 Bouyancy Aid untuk persediaan bencana hujung 2025
PNB salur sumbangan RM 290,000 kepada Yayasan Ikhlas bagi penyediaan 2 buah bot, 2 buah enjin berkuasa tinggi, 75 bouyancy aid bagi dihantar di 2 lokasi kritikal bencana banjir iaitu di Kota Setar, Kedah dan Tumpat, Kelantan.



- Kelestarian Tenaga
Maybank Islamic Taja Sistem Solar di 6 buah Masjid, Surau dan Sekolah di Sabah & Sarawak
Alhamdulillah, Yayasan Ikhlas dengan sumbangan dari Maybank Islamic telah memasang sistem solar di masjid di kawasan pedalaman Sarawak. Masjid ini telah dibina kerana terdapat sekelompok orang Islam yang merupakan saudara kita, walaupun kawasan tersebut didominasi oleh masyarakat bukan Islam. Pembinaan masjid ini bertujuan untuk memberikan tempat ibadah kepada komuniti Muslim di kawasan tersebut […]



- Bantuan Bencana
PNB salur RM 700,000 Bantuan Bencana Banjir 2024/2025
Yayasan Ikhlas telah menerima sejumlah dana RM 700,000.00 dari Permodalan Nasional Berhad (PNB) bagi pelaksanaan bantuan kepada mangsa banjir. Yayasan Ikhlas telah menggunakan dana tersebut bagi beberapa bentuk bantuan seperti berikut : Menyelamat mangsa banjir dari kawasan bencana menggunakan bot sumbangan PNB Dapur Ikhlas – Penyediaan makanan RTE kepada mangsa banjir Physhological First Aid – […]



- Air Bersih
Etiqa Takaful Salur Dana Bina Sistem Air Bersih Di SMK Bongkol, Pitas, Sabah
Projek ini adalah untuk mewujudkan sistem rawatan air bersih yang mampan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bongkol, Pitas, Sabah dan untuk memastikan akses kepada air yang selamat dan boleh diminum untuk pelajar dan kakitangan. Di samping itu, ia akan melibatkan kerjasama antara pihak berkuasa tempatan, ketua masyarakat, NGO dan mungkin agensi kerajaan seperti Jabatan Pendidikan […]



YAYASAN IKHLAS
Sumbangan yang kecil mampu membawa perubahan yang besar.
Semoga dengan setiap sumbangan dari anda semua dapat memberikan kebahagiaan dan kegembiraan buat mereka semua, dan semoga pada setiap pengorbanan harta ini Allah berikan ganjaran yang terbaik dan berlipat kali ganda.






