Maybank Islamic Taja Sistem Solar di 6 buah Masjid, Surau dan Sekolah di Sabah & Sarawak
- SegmenKelestarian Tenaga
- SEGMENSistem Solar
- LOKASISabah & Sarawak
- TEMPOH PEMBANGUNAN1 Tahun
- NILAI PROJEKRM 348,022.00
- PENYUMBANGMaybank Islamic Berhad
Alhamdulillah, Yayasan Ikhlas dengan sumbangan dari Maybank Islamic telah memasang sistem solar di masjid di kawasan pedalaman Sarawak. Masjid ini telah dibina kerana terdapat sekelompok orang Islam yang merupakan saudara kita, walaupun kawasan tersebut didominasi oleh masyarakat bukan Islam. Pembinaan masjid ini bertujuan untuk memberikan tempat ibadah kepada komuniti Muslim di kawasan tersebut […]

Alhamdulillah, Yayasan Ikhlas dengan sumbangan dari Maybank Islamic telah memasang sistem solar di masjid di kawasan pedalaman Sarawak.
Masjid ini telah dibina kerana terdapat sekelompok orang Islam yang merupakan saudara kita, walaupun kawasan tersebut didominasi oleh masyarakat bukan Islam.
Pembinaan masjid ini bertujuan untuk memberikan tempat ibadah kepada komuniti Muslim di kawasan tersebut yang memerlukan fasiliti keagamaan. Masjid yang berkeluasan 108 meter persegi ini sentiasa aktif kerana ada beberapa penggerak yang ditempatkan di kawasan tersebut untuk menjalankan aktiviti dakwah dan komuniti.
Namun demikian, kebanyakan ahli kariah masjid ini merupakan golongan asnaf dan B40 yang bergantung kepada aktiviti perkebunan dan perladangan untuk menyara diri mereka. Mereka terpaksa mengumpul duit sendiri bagi menampung aktiviti mereka sekiranya mereka melakukan aktiviti di masjid tersebut. Penduduk juga mengalami kesukaran bagi membayar bil elektrik masjid.
Bagi mengurangkan beban mereka, sistem solar ini dipasang bagi menampung keperluan elektrik sepanjang penggunaan masjid. Kos yang sepatutnya digunakan untuk elektrik tersebut dapat digunakan untuk aktiviti keagamaan yang berlangsung di masjid tersebut.



“Kini masjid kami tidak bergelap lagi, Inshallah Ramadan sudah hampir jika panjang umur dengan adanya tenaga solar sumbangan Yayasan Ikhlas ini akan mengimarahkan lagi suasana Ramadan kami nanti” – Ujar Imam Masjid Al Amin Pulau Jampiras Sandakan.
Alhamdulillah, Jemaah dan penduduk kampung Masjid Al Amin di Pulau Jampiras telah mendapat tajaan pemasangan sistem tenaga solar.
Proses pemasangan hanya mengambil masa selama 2 hari saja untuk beroperasi sepenuhnya pada masa yang sama kami merasmikan dan menguji keberkesanan tenaga solar ini dengan solat jumaat bersama penduduk kampung yang mana tugas sebagai khatib, imam dan muazzin di bimbing sendiri oleh pihak kami Yayasan Ikhlas Sandakan.
“At that time we felt very moved, a mixture of sadness and joy”. Kerana akhirnya cahaya menerangi rumah Allah dan suara azan bergema ke Pelusuk Pulau. Yayasan Ikhlas komited untuk meneruskan program misi kemanusian dan kebajikan untuk warga Sandakan yang memerlukan.
















