Latar belakang

Yayasan Ikhlas adalah sebuah badan yang ditubuhkan mengikut Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 (Akta 258) pada 5 Mac 2009 yang bertujuan untuk meringankan kesusahan di kalangan anak-anak yatim, orang kurang upaya, fakir dan mereka yang dilanda musibah akibat daripada sebarang malapetaka serta untuk memberi suatu biasiswa atau insentif kepada individu atau kumpulan atas kerja-kerja pelajaran atau kerja-kerja penyelidikan di Malaysia.

Objektif

Untuk memberi bantuan kepada mangsa-mangsa bencana yang ditimpa musibah mahupun yang dalam kesusahan.

Untuk meningkatkan taraf hidup golongan fakir dan miskin.

Untuk meningkatkan taraf pendidikan golongan yang kurang berkemampuan.

PNB sediakan 2 bot menyelamat lengkap enjin 15HP, 75 Bouyancy Aid untuk persediaan bencana hujung 2025

  • SegmenBantuan Bencana
  • SEGMENBantuan Bencana
  • PenyumbangPermodalan Nasional Berhad
  • DanaRM 290,000.00
  • Lokasi Penempatan AsetAPM Kota Setar & APM Tumpat

PNB salur sumbangan RM 290,000 kepada Yayasan Ikhlas bagi penyediaan 2 buah bot, 2 buah enjin berkuasa tinggi, 75 bouyancy aid bagi dihantar di 2 lokasi kritikal bencana banjir iaitu di Kota Setar, Kedah dan Tumpat, Kelantan.

Permodalan Nasional Berhad (PNB) menyerahkan sumbangan dua buah bot menyelamat kepada Yayasan Ikhlas dalam satu majlis perasmian yang berlangsung di Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

 

Majlis ini disempurnakan oleh Yang Amat Setia, Ketua Pesuruhjaya (PA) Dato Aminurrahim bin Mohamed, En Rizal Mohamed Ali
Ketua Kelestarian dan Pelaburan Sosial, PNB dan Ir Haji Kamaruddin Kassim, Pengarah Bahagian Korporat, Yayasan Ikhlas.

 

Acara ini juga diserikan lagi dengan sesi penerangan projek oleh Lt Muda (PA) Hanizam Azman
yang menerangkan peranan bot menyelamat dalam operasi bantuan kecemasan dan kesiapsiagaan bencana di lapangan.

 

Majlis ini bukan sahaja menzahirkan komitmen PNB dalam menyokong usaha kemanusiaan melalui Yayasan Ikhlas, malah memperkukuhkan hubungan strategik dengan APM selaku agensi barisan hadapan pengurusan bencana.

 

Pengarah Bahagian Korporat Yayasan Ikhlas Kamaruddin Kassim berkata, sumbangan itu disalurkan hasil kerjasama Yayasan Ikhlas dengan APM melalui Pasukan Tindakan Kecemasan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (CDERT-APM).

 

“Yayasan Ikhlas kini mempunyai hampir 8,000 sukarelawan di seluruh negara termasuk lebih 200 yang dilatih secara rasmi oleh APM. Melalui CDERT, kami mampu bergerak ke kawasan zon merah ketika bencana sekali gus memastikan pengurusan bantuan lebih teratur dan berkesan,” katanya.

 

Bermula dari tahun 2022, PNB telah mendanai lebih dari 2 juta bagi Projek Bantuan Bencana Banjir Yayasan Ikhlas.

svg