Projek dalam "Air Bersih"
- Air Bersih
Yayasan Petronas bantu bina Sistem Air Bersih Kg. Yoh, Bintulu, Sarawak
Sistem Air Bersih ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Stephen Rundi, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak. Projek ini memberi manfaat kepada lebih 42 buah rumah — satu langkah penting demi kesejahteraan dan kebersihan komuniti.


- Air Bersih
Etiqa Takaful Salur Dana Bina Sistem Air Bersih Di SMK Bongkol, Pitas, Sabah
Projek ini adalah untuk mewujudkan sistem rawatan air bersih yang mampan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bongkol, Pitas, Sabah dan untuk memastikan akses kepada air yang selamat dan boleh diminum untuk pelajar dan kakitangan. Di samping itu, ia akan melibatkan kerjasama antara pihak berkuasa tempatan, ketua masyarakat, NGO dan mungkin agensi kerajaan seperti Jabatan Pendidikan […]


- Air Bersih
Tabung Haji salur RM 500,000 bina telaga air bantu 3 kampung pedalaman Sik, Kedah
Pada 30 Januari 2023, Yayasan Ikhlas telah datang ke kampung ini. Pada ketika itu, kami bertemu wakil dari setiap kampung, kami naik ke setiap tandak, melihat situasi semasa dan mendapatkan maklumat. Maklumat yang diperolehi telah dibentangkan ke Tabung Haji dan alhamdulillah, Tabung Haji bersetuju untuk membantu menyediakan keperluan air bersih di kampung ini. (Berikan tepukan untuk Tabung Haji.)


- Air Bersih
Projek Air ke-10 : Kampung Lakutan, Lawas, Sarawak
Yayasan Ikhlas telah memulakan projek Pembangunan Sistem Air Bersih ini di Sik, Kedah, seterusnya dilaksanakan di Negeri Sabah, Pahang dan Sarawak. Kesemua projek Pembangunan sistem air bersih yang telah siap ialah sebanyak 10 projek. 3 projek di Kedah, 1 di Pahang, 3 di Sabah dan 3 di Sarawak. Projek di Kampung Lakutan ini merupakan projek yang ke-10 siap. Di Sarawak, Yayasan Ikhlas telah melaksanakan Projek di Kampung Tebun, Simunjan menggunakan sumber air bawah tanah. Projek kedua di Kampung Kerangan, Lawas menggunakan sumber air bukit dan projek ketiga iaitu di sini, Yayasan Ikhlas menggunakan sumber air dari air bukit. Yayasan Ikhlas telah datang ke kampung ini pada 16 September 2022 lagi. Pada ketika itu, kami bertemu ketua kampung, melihat situasi semasa dan mendapatkan maklumat. Alhamdulillah, selepas 18 bulan, barulah projek ini mendapat persetujuan dan sokongan iaitu dari Yayasan Petronas. Yayasan Petronas bersetuju untuk membantu menyediakan keperluan air bersih di kampung ini.


- Air Bersih
WESTSTAR salur dana bina Sistem Air Bersih di Kampung Jelutong, Sik, Kedah
20 Julai 2024 - Majlis Perasmian Projek Pembangunan Sistem Air Bersih Kg Jelutong, Sik, Kedah anjuran Yayasan Ikhlas. Tujuan Majlis ini diadakan adalah bagi meraikan kejayaan Projek Pembangunan Sistem Air Bersih yang telah pun selesai dilaksanakan di Kg Jelutong.


- 1
- 2






