Projek Air ke-10 : Kampung Lakutan, Lawas, Sarawak
- SegmenAir Bersih
- LokasiKampung Lakutan, Lawas, Sarawak
- Tempoh Pembangunan5 Bulan (Mei 2024 - September 2024)
- Nilai ProjekRM 309,264.00
- PenyumbangYayasan Petronas
- Penerima Manfaat26 Buah Rumah (130 Orang Penduduk)

Yayasan Ikhlas telah memulakan projek Pembangunan Sistem Air Bersih ini di Sik, Kedah, seterusnya dilaksanakan di Negeri Sabah, Pahang dan Sarawak. Kesemua projek Pembangunan sistem air bersih yang telah siap ialah sebanyak 10 projek. 3 projek di Kedah, 1 di Pahang, 3 di Sabah dan 3 di Sarawak. Projek di Kampung Lakutan ini merupakan projek yang ke-10 siap.
Di Sarawak, Yayasan Ikhlas telah melaksanakan Projek di Kampung Tebun, Simunjan menggunakan sumber air bawah tanah. Projek kedua di Kampung Kerangan, Lawas menggunakan sumber air bukit dan projek ketiga iaitu di sini, Yayasan Ikhlas menggunakan sumber air dari air bukit.
Yayasan Ikhlas telah datang ke kampung ini pada 16 September 2022 lagi. Pada ketika itu, kami bertemu ketua kampung, melihat situasi semasa dan mendapatkan maklumat. Alhamdulillah, selepas 18 bulan, barulah projek ini mendapat persetujuan dan sokongan iaitu dari Yayasan Petronas. Yayasan Petronas bersetuju untuk membantu menyediakan keperluan air bersih di kampung ini.
















