Latar belakang

Yayasan Ikhlas adalah sebuah badan yang ditubuhkan mengikut Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 (Akta 258) pada 5 Mac 2009 yang bertujuan untuk meringankan kesusahan di kalangan anak-anak yatim, orang kurang upaya, fakir dan mereka yang dilanda musibah akibat daripada sebarang malapetaka serta untuk memberi suatu biasiswa atau insentif kepada individu atau kumpulan atas kerja-kerja pelajaran atau kerja-kerja penyelidikan di Malaysia.

Objektif

Untuk memberi bantuan kepada mangsa-mangsa bencana yang ditimpa musibah mahupun yang dalam kesusahan.

Untuk meningkatkan taraf hidup golongan fakir dan miskin.

Untuk meningkatkan taraf pendidikan golongan yang kurang berkemampuan.

Etiqa Takaful Salur Dana Bina Sistem Air Bersih Di SMK Bongkol, Pitas, Sabah 

  • SegmenAir Bersih
  • SEGMENAir Bersih
  • LOKASISmk Bongkol,Pitas,Sabah
  • TEMPOH PEMBANGUNAN8 Bulan
  • NILAI PROJEKRM 248,240.00
  • PENYUMBANGEtiqa General Takaful

Projek ini adalah untuk mewujudkan sistem rawatan air bersih yang mampan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bongkol, Pitas, Sabah dan untuk memastikan akses kepada air yang selamat dan boleh diminum untuk pelajar dan kakitangan. Di samping itu, ia akan melibatkan kerjasama antara pihak berkuasa tempatan, ketua masyarakat, NGO dan mungkin agensi kerajaan seperti Jabatan Pendidikan […]

Projek ini adalah untuk mewujudkan sistem rawatan air bersih yang mampan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bongkol, Pitas, Sabah dan untuk memastikan akses kepada air yang selamat dan boleh diminum untuk pelajar dan kakitangan. Di samping itu, ia akan melibatkan kerjasama antara pihak berkuasa tempatan, ketua masyarakat, NGO dan mungkin agensi kerajaan seperti Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPN Sabah) untuk memastikan perancangan, pembiayaan dan pelaksanaan sistem rawatan air bersih yang komprehensif di SMK Bongkol, Pitas, Sabah.

Terdapat lima elemen utama yang dipertimbangkan dalam menyampaikan projek ini ialah akses Komuniti iaitu memastikan pelajar dan kakitangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bongkol, Pitas, Sabah mendapat akses yang saksama kepada sistem air bersih, tanpa mengira status sosioekonomi atau lokasi di dalam kampung. Yang kedua, Kelestarian untuk memastikan sistem rawatan air yang dilaksanakan adalah mampan dalam jangka masa panjang, dengan mengambil kira kesan alam sekitar, keperluan penyelenggaraan dan penglibatan masyarakat.

Yang ketiga pula, Garis masa adalah untuk tetapkan tarikh akhir khusus untuk menyiapkan projek bagi memastikan penghantaran air bersih tepat pada masanya kepada masyarakat.  Keempat, pematuhan yang mana untuk memastikan pematuhan kepada peraturan dan piawaian berkaitan yang mengawal kualiti dan pengagihan air di SMK Bongkol, Pitas, Sabah. Yang terakhir pula adalah air Selamat dan boleh Diminum. Hal ini  dapat menjamin bahawa air yang disediakan memenuhi piawaian kesihatan kebangsaan untuk kebersihan, keselamatan dan menangani sebarang isu pencemaran sedia ada dengan berkesan. 

WORK PROGRESS

Kemajuan fizikal melibatkan pembinaan dan pemasangan sebenar infrastruktur rawatan air bersih di SMK Bongkol, Pitas, Sabah. Ini termasuk kerja pemasangan paip, pembinaan kemudahan rawatan serta pemasangan peralatan yang diperlukan untuk penulenan air.

Penanda aras kemajuan fizikal termasuk penyempurnaan peringkat utama pembinaan seperti pengorekan kolam, pembinaan asas dan bangunan, serta penyambungan saluran paip. Setiap penanda aras menandakan kemajuan nyata ke arah penyempurnaan projek.

Kemajuan fizikal juga merangkumi pelaksanaan pemeriksaan jaminan kualiti dan ujian bagi memastikan setiap bahagian infrastruktur memenuhi piawaian keselamatan, alam sekitar dan fungsi. Ini bagi menjamin kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem air bersih.

KERJASAMA

Galeri Projek



Album Penuh

svg