Latar belakang

Yayasan Ikhlas adalah sebuah badan yang ditubuhkan mengikut Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 (Akta 258) pada 5 Mac 2009 yang bertujuan untuk meringankan kesusahan di kalangan anak-anak yatim, orang kurang upaya, fakir dan mereka yang dilanda musibah akibat daripada sebarang malapetaka serta untuk memberi suatu biasiswa atau insentif kepada individu atau kumpulan atas kerja-kerja pelajaran atau kerja-kerja penyelidikan di Malaysia.

Objektif

Untuk memberi bantuan kepada mangsa-mangsa bencana yang ditimpa musibah mahupun yang dalam kesusahan.

Untuk meningkatkan taraf hidup golongan fakir dan miskin.

Untuk meningkatkan taraf pendidikan golongan yang kurang berkemampuan.

Laporan Pelaksanaan Projek

Berikut disenaraikan Rakan Korporat yang bersama-sama Yayasan Ikhlas melaksanakan kerja-kerja di lapangan. Disertakan laporan-laporan Projek Korporat dari Tahun 2022 sehingga hari ini untuk perhatian semua.

 

Klik logo Rakan Korporat untuk dapatkan laporan projek yang ditaja :

svg