Latar belakang

Yayasan Ikhlas adalah sebuah badan yang ditubuhkan mengikut Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 (Akta 258) pada 5 Mac 2009 yang bertujuan untuk meringankan kesusahan di kalangan anak-anak yatim, orang kurang upaya, fakir dan mereka yang dilanda musibah akibat daripada sebarang malapetaka serta untuk memberi suatu biasiswa atau insentif kepada individu atau kumpulan atas kerja-kerja pelajaran atau kerja-kerja penyelidikan di Malaysia.

Objektif

Untuk memberi bantuan kepada mangsa-mangsa bencana yang ditimpa musibah mahupun yang dalam kesusahan.

Untuk meningkatkan taraf hidup golongan fakir dan miskin.

Untuk meningkatkan taraf pendidikan golongan yang kurang berkemampuan.

Maybank Islamic Taja Pemasangan Sistem Solar Di Sekolah Agama Negeri Sebatik

  • SegmenKelestarian Tenaga
  • SEGMENBekalan Elektrik
  • LOKASISungai Pukul,Pulau Sebatik,Sabah
  • TEMPOH PEMBANGUNAN6 Bulan
  • NILAI PROJEKRM 115,600.00
  • PENYUMBANGMaybank
  • PENERIMA MANFAAT88 Orang

Yayasan Ikhlas merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas sumbangan serta dana yang diberikan dalam menyokong projek Tenaga Boleh Diperbaharui kami. Setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan kepada Maybank Islamic atas kepercayaan yang telah diberikan kepada Yayasan Ikhlas.   Kami dengan rendah hati memohon maaf atas sebarang kekurangan, kelewatan, atau ketidakpuasan yang mungkin dialami oleh para […]

Yayasan Ikhlas merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas sumbangan serta dana yang diberikan dalam menyokong projek Tenaga Boleh Diperbaharui kami. Setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan kepada Maybank Islamic atas kepercayaan yang telah diberikan kepada Yayasan Ikhlas.

 

Kami dengan rendah hati memohon maaf atas sebarang kekurangan, kelewatan, atau ketidakpuasan yang mungkin dialami oleh para penyumbang sepanjang pelaksanaan projek ini. Kami berharap kerjasama ini bukanlah penutup, tetapi permulaan kepada usaha berterusan untuk memberi impak positif kepada masyarakat dan ummah Islam. Terima kasih, Maybank Islamic.

 

Berikut disenaraikan Jawatankuasa Projek Solar SAN Sungai Pukul, Pulau Sebatik, Tawau :


1. Ustaz Yusof Mohd Lajah
2. Ustaz Muhammad Nordin Tokan Kahar
3. Ustaz Remy Romeo
4. Ustazah Noor Umiliyyanna Kamlun
5. Ustazah Nor Azmirah Binti Rosman

svg