Latar belakang

Yayasan Ikhlas adalah sebuah badan yang ditubuhkan mengikut Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 (Akta 258) pada 5 Mac 2009 yang bertujuan untuk meringankan kesusahan di kalangan anak-anak yatim, orang kurang upaya, fakir dan mereka yang dilanda musibah akibat daripada sebarang malapetaka serta untuk memberi suatu biasiswa atau insentif kepada individu atau kumpulan atas kerja-kerja pelajaran atau kerja-kerja penyelidikan di Malaysia.

Objektif

Untuk memberi bantuan kepada mangsa-mangsa bencana yang ditimpa musibah mahupun yang dalam kesusahan.

Untuk meningkatkan taraf hidup golongan fakir dan miskin.

Untuk meningkatkan taraf pendidikan golongan yang kurang berkemampuan.

Tabung Haji salur RM 500,000 bina telaga air bantu 3 kampung pedalaman Sik, Kedah

  • SegmenAir Bersih
  • LokasiKampung Bukit Batu, Sik, Kedah
  • Penerima Manfaat567 orang (Kampung Bukit Batu, Kampung Bukit Berangan & Kampung Kubang)
  • Tempoh Pembangunan5 bulan
  • Nilai ProjekRM 500,000.00
  • PenyumbangTabung Haji

Pada 30 Januari 2023, Yayasan Ikhlas telah datang ke kampung ini. Pada ketika itu, kami bertemu wakil dari setiap kampung, kami naik ke setiap tandak, melihat situasi semasa dan mendapatkan maklumat. Maklumat yang diperolehi telah dibentangkan ke Tabung Haji dan alhamdulillah, Tabung Haji bersetuju untuk membantu menyediakan keperluan air bersih di kampung ini. (Berikan tepukan untuk Tabung Haji.)

Di Kedah, projek di Kampung Bukit Batu ini ialah projek yang ketiga

Di kampung ini, Yayasan Ikhlas telah mengambil air dari kedalaman 210 kaki. Air tersebut dipam keluar, dan ditapis serta dirawat sebelum disalurkan ke 150 buah rumah, 2 surau dan 1 tadika. Air yang sampai ke setiap rumah ini telah dihantar ke makmal dan keputusannya air ini bersih dan selamat digunakan untuk kegunaan harian seperti minum dan lain-lain.

 

Ucapan terima kasih kepada penduduk Kampung Bukit Batu, Kampung Bukit Berangan dan Kampung Kubang, kerana hasil daripada kerjasama baik dari semua pihak, membolehkan projek ini siap 3 bulan lebih awal dari perancangan.

 

Yayasan Ikhlas juga telah mengadakan perbincangan dengan Yang Berhormat Tuan Haji Mohamad Yusoff bin Haji Zakaria pada awal Ogos, dan disusuli dengan mesyuarat bersama Perancang Ekonomi Negeri Kedah (BPEN) pada 13 Ogos, Yayasan Ikhlas tekad untuk membantu kawasan-kawasan yang memerlukan bagi mendapatkan sumber air bersih.

 

Hasil dari mesyuarat tersebut, Yayasan Ikhlas telah mengadakan perbincangan bersama Yang Berhormat, Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman, Ahli Parlimen Sik. Yayasan Ikhlas telah mengadakan riki di beberapa buah kampung antaranya Kampung Charok Tala, Kampung Tala, Kampung Kuala Jeneri, Kampung Langguk.

 

Di Baling, Yayasan Ikhlas telah berjaya mendapatkan dana dari korporat bagi membantu Kampung Charok Puteh bagi membina sistem air secara berpusat yang akan diletakkan di Masjid Kampung Charok Puteh. Projek ini akan membantu 2 buah kampung sekitar yang dianggarkan lebih 1,200 orang penduduk.

 

Setiap projek Pembangunan Sistem Air Bersih ini telah ditaja oleh beberapa syarikat korporat yang memberi sokongan akan projek-projek Yayasan Ikhlas. Melalui sokongan dari pelbagai pihak, Yayasan Ikhlas dapat membantu lebih banyak kawasan pedalaman yang mengalami kesukaran.

Sustainable Development Goals (SGD) terlibat

Perkembangan Projek

Kutipan Dana0
Progress Projek0

Penyumbang

Kerjasama

Galeri Projek

svg