Latar belakang

Yayasan Ikhlas adalah sebuah badan yang ditubuhkan mengikut Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 (Akta 258) pada 5 Mac 2009 yang bertujuan untuk meringankan kesusahan di kalangan anak-anak yatim, orang kurang upaya, fakir dan mereka yang dilanda musibah akibat daripada sebarang malapetaka serta untuk memberi suatu biasiswa atau insentif kepada individu atau kumpulan atas kerja-kerja pelajaran atau kerja-kerja penyelidikan di Malaysia.

Objektif

Untuk memberi bantuan kepada mangsa-mangsa bencana yang ditimpa musibah mahupun yang dalam kesusahan.

Untuk meningkatkan taraf hidup golongan fakir dan miskin.

Untuk meningkatkan taraf pendidikan golongan yang kurang berkemampuan.

WESTSTAR salur dana bina Sistem Air Bersih di Kampung Jelutong, Sik, Kedah

  • SegmenAir Bersih
  • Penerima Manfaat120 buah Rumah & 2 Pusat Komuniti
  • Tempoh Projek6 Bulan
  • LokasiKampung Jelutong, Sik, Kedah
  • Nilai ProjekRM500,000.00

20 Julai 2024 - Majlis Perasmian Projek Pembangunan Sistem Air Bersih Kg Jelutong, Sik, Kedah anjuran Yayasan Ikhlas. Tujuan Majlis ini diadakan adalah bagi meraikan kejayaan Projek Pembangunan Sistem Air Bersih yang telah pun selesai dilaksanakan di Kg Jelutong.

Kemudahan air bersih adalah satu keperluan bagi sesebuah masyarakat. Bagi penduduk Kg Jelutong, kemudahan ini terhad kerana mereka masih menggunakan kemudahan air bukit untuk kegunaan seharian. Kualiti air bukit tidak dapat dipastikan kerana tiada satu sistem yang lengkap untuk proses penapisan.

Projek Pembangunan Air Bersih Kg Jelutong, Sik terdiri daripada 4 fasa :

Fasa 1 – Penggalian Telaga Tiub Air

Fasa 2 – Pembinaan Struktur Menara Tangki

Fasa 3 – Pendawaian Elektrik

Fasa 4 – Pemasangan Paip Agihan

464 oRANG PENDUDUK MENDAPAT MANFAAT

Sustainable Development Goals (SGD) terlibat:

Perkembangan Projek

Kutipan Dana0
Progress Projek0

Penyumbang

Kerjasama

svg