Latar belakang

Yayasan Ikhlas adalah sebuah badan yang ditubuhkan mengikut Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 (Akta 258) pada 5 Mac 2009 yang bertujuan untuk meringankan kesusahan di kalangan anak-anak yatim, orang kurang upaya, fakir dan mereka yang dilanda musibah akibat daripada sebarang malapetaka serta untuk memberi suatu biasiswa atau insentif kepada individu atau kumpulan atas kerja-kerja pelajaran atau kerja-kerja penyelidikan di Malaysia.

Objektif

Untuk memberi bantuan kepada mangsa-mangsa bencana yang ditimpa musibah mahupun yang dalam kesusahan.

Untuk meningkatkan taraf hidup golongan fakir dan miskin.

Untuk meningkatkan taraf pendidikan golongan yang kurang berkemampuan.

Galeri Etiqa Projek Pembangunan Sistem Air Bersih Di Smk Bongkol, Pitas, Sabah

svg